Zulkaedah adalah bulan kesebelas dalam taqwim Hijrah. Zulkaedah ertinya tempat duduk.
Peristiwa-peristiwa  bersejarah yang berhubungkait dengan ibadat haji dan umrah berlaku  dalam bulan ini, iaitu pada tahun ke 7 Hijriah, Rasulullah shallallahu  'alaihi wasallam telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk  mengerjakan umrah yang pertama. 
Amalan-amalan  sunat di bulan Zulkaedah adalah sama seperti amalan-amalan sunat di  bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan  Zulkaedah yang menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam  ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk  meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua  bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah  amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam  tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.
Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.
 
No Response to "Zulkaedah"
Post a Comment