Zulkaedah adalah bulan kesebelas dalam taqwim Hijrah. Zulkaedah ertinya tempat duduk.
Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berhubungkait dengan ibadat haji dan umrah berlaku dalam bulan ini, iaitu pada tahun ke 7 Hijriah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk mengerjakan umrah yang pertama.
Amalan-amalan sunat di bulan Zulkaedah adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Zulkaedah yang menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.
Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.
No Response to "Zulkaedah"
Post a Comment