Taklimat "Health Safety and Environment"

Dokumen Panduan "Life Saving Rules"

Taklimat adalah sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan BSP
dalam berkongsi pengetahuan mengenai kaedah keselamatan

Pg Azmi menyampaikan taklimat

Pegawai-Pegawai Insurans Islam TAIB
mendengarkan taklimat
daripada pihak BSP

Bandar Seri Begawan, 25 Mei 2009 - Satu taklimat mengenai "Health, Safety and Enviroment" telah disampaikan oleh Yang Mulia Pg Azmi bin Pg Hj Abd Razak, Penasihat Insurans, Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP) bertempat di Ibu Pejabat Insurans Islam TAIB, Bangunan Suria, Kiulap.

Di dalam taklimat berkenaan pihak BSP telah membuat penerangan mengenai "BSP HSE Principles" dan "Life Saving Rules" yang mana prinsip dan peraturan ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja.

3 Prinsip di bawah "BSP HSE Principles" adalah "Compliance" iaitu memenuhi kehendak undang-undang, piawaian dan peraturan, "Intervention" iaitu campur tangan jika menyaksikan perbuatan dan keadaan yang menyalahi piawaian, dan "Attitude" iaitu memiliki sikap yang mementingkan keselamatan melebihi perkara lain dan mengambil endah mengenai kesejahteraan orang lain.

Manakala di bawah "Life saving Rules", terdapat 12 peraturan yang mana diantaranya ialah Gunakan Tali Pinggang Keselamatan, Jangan Gunakan Telefon Bimbit Ketika Memandu dan Rancang Perjalanan Awda.

Taklimat turut dihadiri oleh Yang Mulia Awg Hj Osman bin Hj Md Jair, Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB dan pegawai-pegawai dari Bahagian Risiko Perniagaan & Takaful Semula dan Bahagian Tuntutan.

Share Our Article

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts

No Response to "Taklimat "Health Safety and Environment""

Post a Comment