Penyampaian cek daripada Awg Shameon, Pegawai Eksekutif Bahagian Tuntutan, Insurans Islam TAIB kepada wakil ABDB YM Kol Haji Harith, Pegawai Memerintah RPK - photo by kebakuan.com
YM Kol Haji Harith, Pegawai Memerintah RPK, menyampaikan cek kepada YM Hj Awg Amit, ayah kepada Allahyarham Awg Padillah - photo by kebakuan.com
Bandar Seri Begawan, 26 Februari 2009 - Satu majlis penyampaian cek telah berlangsung di kediaman salah seorang bekas anggota ABDB yang telah kembali kerahmatullah pada 22 Februari 2009 yang lalu.
Cek yang berjumlah $51,000.00 adalah berupa pembayaran manfaat takaful bagi penyertaan Takaful ABDB, yang mana perlindungannya mula diperkenalkan pada 1 April 2008 lalu.
Penyerahan cek kepada wakil ABDB YM Kol Haji Harith bin Hj Abd Karim, Pegawai Memerintah RPK, telah dibuat oleh Awg Shameon bin Tamil, Pegawai Eksekutif Bahagian Tuntutan, Insurans Islam TAIB. YM Kol Haji Harith kemudian menyerahkan cek kepada YM Hj Awg Amit bin Hj Ahmad, ayah kepada Allahyarham Awg Padillah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat diselajurkan dengan jamuan ringan.
1 Response to PENYAMPAIAN CEK TAKAFUL ABDB
Takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah....
Post a Comment