Happy Smashing Birthday!



Pg Md Faisal B Pg Hj Tengah - 04/04/xxxx

Rosnah B Zaman - 06/04/xxxx

Norhayati B Jasni - 10/04/xxxx

Shameon B Tamil - 16/04/xxxx

Hjh Hermah B Hj Abd Rahim - 21/04/xxxx

Noorfaezah B Ismail Shahdan - 25/04/xxxx

Bagi pihak MKG, Moderator dan Wargakerja ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun bagi Bulan April.

Selamat Ulang Tahun Khas Utk SEO/CLM


Selamat Hari jadi khas ditujukan kepada Awg Hj Hussin bin Hj Sulaiman pada 30 Mac 2009. Dari MKG dan warga kerja ingin mendoakan agar sihat tubuh badan, panjang umur dan murah rezeki serta dirahmati Allah. Amin....
p/s: sory bos, inda belurih gambar yg latest. ani saja yg ada rah kami. hehehe jgn marah bos ah

Happy Birthday to Hjh Siti Noorbayu!!!

Wishing you a Happy Birthday and many more to come and we hope all your birthday dreams and wishes come true. Not just a year older, but a year better. Here's to another year of experience. A simple celebration, a gathering of friends here is wishing you great happiness, a joy that never ends.
A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun. Wishing you another wonderful year of happiness and joy. Happy Birthday!
The more candles, the bigger the wish.
Wishing you everything happy for your birthday.

From: MKG, Moderator IIT Blog And IIT Staff.

Happy 29th Birthday to Amirrrrrrr!


Selamat ulangtahun khas ditujukan kepada Awg Mohd Amir Bin Hj Abd Razak yang ke 29 tahun pada 28/03/2009. Bagi Pihak moderator Blog IIT dan Warga kerja mendoakan agar panjang umur, murah rezeki serta lakas2 th kawin. Amin.
p/s: bh bila c awg ani kan mengedarkan kad jemputan kawin c awg ani? kan bulan 11 nie, nda lagi batah.. hehehehe

Tahniah!


Semua warga IIT ingin mengucapkan tahniah kepada Hjh Rokiah dan keluarga kerana dapat menimang cucu pertama yang lahir pada hari Khamis, 26 Mac 2009. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Happy Birthday to Yesmeen




We would like to wish one of IIT's staff; Yesmeen Yusof a smashing 27th birthday on 27th March, 2009 at IIT's branch in Kiulap, Setia Kenangan. We gave her a li'l surprise yesterday and yes, she was'nt all prepared! :)

Anyway, wishing you all the great things in life, hope this day will bring you an extra share of all that makes you happiest.

Semoga di panjangkan umur & di murahkan rezeki ....& bila lagi makan nasi minyak?...
We are waiting Yesmeen....

Blood Donation Campaign

Happy B'day Tuan Haji Sulaiman


Selamat Hari Jadi khas utk Tuan Haji Sulaiman, tapi kan pandai kedia ani, time nya b'day, cuti ya. Nah hariani kedia start kaja dh, hahaha so apalagi balanja tah dari tingkat bawah tarus ke tingkat atas. hehehehe.. Kami wakil dari MKG dan wakil moderator blog ani mendoakan supaya panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat walafiat selalu. Amin
p/s: umur yg keberapa dh nie tuan haji? hehehehe

Annual Dinner TAIB

who's the man!!! don't be jealous spartans...

10 years with IIT. Congrats Guys.. Btw where's the other guy?? ermm...
Staff IIT With their Costume

The Making Of SPARTANS

New IITSB Staff


Name: Dk Siti Halimah@ Dk Didi Syazriena binti Pg Masshor
Possition : Assistant Officer BOP
Reporting Date : 6 March 2009

Happy B'day Boss!!!

Ceramah Sempena Maulud Nabi Muhamad S.A.W


Satu ceramah telah diadakan pada malam Khamis bertempat di ibu pejabat IIT yang mana penceramah undangan yang didatangkan khas dari Malaysia sempena hari perhimpunan wanita sempena Maulud Nabi. Penceramah undangan itu adalah yg mulia Uztaz Hj Mohd. Farid Ravi bin Abdullah. Didalam ceramah beliau ada menekankan bertapa pentingnya bersifat jujur didalam melakukan perkerjaan dengan niat beribadat kepada Allah. Disamping itu juga beliau juga menasihatkan supaya melakukan sembahyang sunnat Dhuha.
Solat Dhuha hindari kepapaan

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (al-Dhariyat: 56)
Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
“Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur, kata Nidzamuddin dalam temu bual baru-baru ini.

Kelebihan
Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.
Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.
Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha, kata Nidzamuddin.
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.” (Riwayat Muslim).
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani.” (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak.” (Riwayat Imam al-Tirmizi)
Tegasnya, bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). Oleh itu, eloklah ia dijadikan sandaran bagi amalan kita.

Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Ceramah Ugama Sempena Maulud Nabi Muhamad s.a.w


































Taklimat dan Penyertaan TPS Sekolah Menengah Mentiri

More updates on TAIB's Annual Dinner