Tajaan IIT Bagi Kejohanan Bola Tampar



Selasa, 02 Jun 2009M bersamaan 08 Jamadilakhir 1430H – Satu majlis penyampaian tajaan daripada Insurans Islam TAIB (IIT) kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diadakan di Ibu Pejabat Insurans Islam TAIB Kiulap.



Menyampaikan tajaan bagi pihak Insurans Islam TAIB (IIT) adalah Yang Mulia Awg Hj Osman bin Hj Md Jair, Pengarah Urusan IIT. Manakala menerima tajaan bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah Yang Mulia Awg So Yahya bin Sahat, Pengawai bahagian Tajaan.



Tajaan 10 helai Tracksuit ini adalah sebagai tanda sokongan IIT bagi “Kejohanan Bola Tampar terbuka seluruh Negeri' anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi 'E' daerah Tutong.



Tujuan kegiatan ini diadakan adalah bagi memeriahkan lagi acara tahunan anjuran pihak Bomba sempena hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 63 Tahun 2009.



Share Our Article

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts

No Response to "Tajaan IIT Bagi Kejohanan Bola Tampar"

Post a Comment