Sponsorship For MKJB, Amazing Week



Rabu, 03 Jun 2009M bersamaan 09 Jamadilakhir 1430H – Satu majlis penyampaian tajaan daripada Insurans Islam TAIB (IIT) kepada Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah diadakan di Ibu Pejabat Insurans Islam TAIB Kiulap.



Menyampaikan tajaan bagi pihak Insurans Islam TAIB (IIT) adalah Yang Mulia Awg Hj Osman bin Hj Md Jair, Pengarah Urusan IIT. Manakala menerima tajaan bagi pihak Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) adalah Yang Mulia Awg Alias bin Hj Abu Bakar, Pengetua MKJB.



Tajaan 100 helai T-shirt ini adalah sebagai tanda sokongan IIT bagi “Amazing Week“ anjuran MKJB yang akan diadakan bermula 2 hingga 6 Jun 2009 di Maktab berkenaan. Diantara kegiatan yang akan diadakan adalah acara warisan dan kebudayaan, IQ Hunt, muzikal dan perkemahan motivasi.



Tujuan kegiatan ini diadakan adalah bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk menekankan kepentingan kegiatan luar, mengujudkan keyakinan, semangat berpasukan dan sebagainya.





Share Our Article

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts

No Response to "Sponsorship For MKJB, Amazing Week"

Post a Comment